Isu Semasa

PRN Johor 11 Julai, Negeri Sembilan 1 Ogos 2026 – SPR

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan tarikh-tarikh penting untuk Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor dan Negeri Sembilan.

Pengerusi SPR Datuk Seri Ramlan Harun mengumumkan, bagi PRN Johor, SPR menetapkan hari penamaan calon pada Sabtu, 27 Jun 2026 manakala hari undi awal pada Sabtu 7 Julai 2026 dan hari mengundi pada Sabtu, 11 Julai 2026.

Katanya, manakala bagi PRN Negeri Sembilan pula, SPR menetapkan hari penamaan calon pada Sabtu, 18 Julai 2026 dan hari undi awal pada Selasa, 28 Julai 2026 serta tarikh mengundi pada Sabtu, 1 Ogos 2026.

Menurutnya, SPR menetapkan tempoh berkempen akan berlangsung selama 14 hari.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.