Aktiviti & Komuniti

Pemuda UMNO Santuni Warga, Hulur Sumbangan Katil Hospital dan Kerusi Roda

PUTRAJAYA – Keprihatinan terhadap kebajikan masyarakat terus menjadi keutamaan apabila Ketua Pemuda UMNO Putrajaya, Dr. Tengku Iqbal Munawwir, turun padang menziarahi beberapa penduduk yang memerlukan bantuan di sekitar Putrajaya.

Dalam siri ziarah tersebut, Dr. Tengku Iqbal telah menyampaikan sumbangan berupa katil hospital dan kerusi roda kepada penerima yang memerlukan bagi meringankan beban mereka, selain memastikan kebajikan serta keperluan asas mereka sentiasa diberi perhatian.

Beliau berkata, usaha menyantuni rakyat bukan sekadar memenuhi tanggungjawab sebagai pemimpin, sebaliknya menjadi komitmen berterusan untuk memastikan setiap lapisan masyarakat merasai kehadiran dan keprihatinan UMNO di peringkat akar umbi.

“Setiap kunjungan memberi peluang untuk mendengar sendiri keluhan dan keperluan rakyat. Apa yang mampu kita bantu akan kita usahakan demi meringankan beban mereka,” katanya.

Program ziarah kebajikan itu turut menjadi medan mengeratkan hubungan silaturahim antara kepimpinan Pemuda UMNO Putrajaya dengan masyarakat setempat, sekali gus membuktikan pendekatan turun padang terus menjadi keutamaan dalam menyampaikan khidmat kepada rakyat.

Inisiatif berterusan ini selari dengan aspirasi “Tak Banyak Alasan”, yang menekankan tindakan pantas, penyelesaian kepada masalah rakyat dan komitmen untuk terus berbakti melalui khidmat yang terbukti, terlihat dan terjamin. – UMNOPutrajaya

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.