Screenshot
Aktiviti & Komuniti

UMNO Putrajaya Santuni Warga Uzur, Teruskan Program Ziarah Kasih

PUTRAJAYA – Keprihatinan terhadap masyarakat yang memerlukan terus menjadi keutamaan UMNO Bahagian Putrajaya menerusi pelaksanaan program Ziarah Kasih, sebagai usaha membantu meringankan beban golongan yang sedang berdepan ujian kehidupan.

Naib Ketua UMNO Bahagian Putrajaya, Datuk Mohd Hisamudin Yahaya berkata, setiap individu mempunyai ujian tersendiri dan atas dasar keprihatinan serta semangat kebersamaan, UMNO Putrajaya sentiasa berusaha menghulurkan bantuan kepada mereka yang memerlukan.

Dalam program yang diadakan hari ini, bantuan telah disalurkan kepada Cik Aisha bagi membantu menampung kos yuran kemasukan ahli keluarganya ke sebuah Pusat Jagaan Mental.

Sumbangan tersebut telah disampaikan oleh Ketua UMNO Cawangan Bunga Siantan, Saudari Norliza @ Ayie bersama Ketua Wanita UMNO Cawangan Bunga Siantan, Saudari Farah.

Bantuan itu merupakan sumbangan daripada Ketua UMNO Bahagian Putrajaya, Datuk Seri Utama Dr. Tengku Adnan Tengku Mansor, yang diharapkan dapat meringankan beban kewangan Cik Aisha serta memberikan sedikit kelegaan kepada keluarganya.

Program Ziarah Kasih merupakan antara inisiatif berterusan UMNO Bahagian Putrajaya dalam menyantuni masyarakat, sekali gus memperkukuh semangat kebersamaan dan nilai kemanusiaan dalam komuniti. – UMNOPutrajaya

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.