UMNO Putrajaya Hadir Perhimpunan Agung UMNO, Tekad Realisasikan Aspirasi Parti
KUALA LUMPUR – UMNO Bahagian Putrajaya hadir bersama barisan kepimpinan dan anggota bahagian ke Perhimpunan Agung UMNO bagi mengikuti serta menghayati ucapan dasar Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi serta perbahasan dari para jurucakap.
Pelbagai isu dan perkara penting berkaitan hala tuju parti, kepentingan rakyat serta masa depan UMNO telah disentuh dalam ucapan dasar tersebut.
Apa yang pasti amanat dan penegasan Presiden adalah satu tanggungjawab yang perlu diterjemahkan melalui gerak kerja serta khidmat berterusan kepada rakyat di peringkat akar umbi.
Komitmen untuk terus berkhidmat kepada rakyat di Bahagian Putrajaya akan diperkukuhkan dengan semangat kebersamaan, keikhlasan dan usaha yang berterusan.
Sesungguhnya tiada yang mustahil untuk dicapai sekiranya seluruh anggota parti terus bersatu, bekerja dengan tekun dan melaksanakan amanah dengan penuh tanggungjawab.
UMNO Bahagian Putrajaya akan terus berdiri teguh bersama kepimpinan parti dalam merealisasikan aspirasi dan agenda UMNO demi rakyat serta negara. – UMNOPutrajaya

