Tengku Adnan Rakaman Takziah Atas Pemergian Tun Dr Siti Hasmah
PUTRAJAYA: Bendahari UMNO merangkap Ketua UMNO Bahagian Putrajaya, Datuk Seri Dr Tengku Adnan Tengku Mansor merakamkan ucapan takziah kepada seluruh keluarga Allahyarhamah Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali atas pemergian tokoh wanita negara itu.
Dalam ucapan takziahnya, Tengku Adnan menzahirkan rasa dukacita atas pemergian Allahyarhamah serta mendoakan agar seluruh keluarga diberikan kekuatan dan ketabahan dalam menghadapi saat penuh kesedihan itu.
“Semoga seluruh keluarga diberikan kekuatan dan ketabahan dalam menghadapi saat yang penuh dukacita ini.
“Semoga roh Allahyarhamah dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman dan beramal soleh,” katanya.
Allahyarhamah Tun Dr Siti Hasmah meninggal dunia pada 28 September 2026 di Institut Jantung Negara (IJN), Kuala Lumpur, pada usia 100 tahun. Berita pemergian beliau disahkan oleh anaknya, Tan Sri Mokhzani Mahathir. – UMNOPutrajaya


