Isu MYEG/Zetrix
Hari ini YB Menteri Pengangkutan yang bakal meletakkan jawatan jika Bossku bermula hukuman tahanan di rumah dengan menafi, menyangkal dan menyatakan MYEG hanya berhutang dengan kerajaan sebanyak RM314 juta sejak dari Mei 2026 bukan dari tahun 2023. Kementerian Pengangkutan sepatutnya menyaman media Singapura kerana memberi maklumat palsu.
Ingatkan hanya RM200juta rupanya RM314juta. Yang paling menjadi “teka teki” dan persoalan bagaimana hampir 6 bulan tindakan baru ingin diambil selepas pelanggaran kontrak dan obligasi bayaran tidak dibuat sehingga jumlah RM314juta yang telah dikutip. Isunya YB Menteri di dalam kenyataannya tidak pula mendedahkan SOP kutipan berapa lama tempoh perlu diserahkan ke akaun pihak kerajaan selepas dikutip. Jika tempoh sebulan sudah gagal, bermaksud pihak MYEG/Zetrix sudah boleh diberhentikan perkhidmatan sebab alasan yang kukuh iaitu culas dan tidak amanah walaupun sebanyak 35 notis telah diberikan.
Persoalannya kenapa selepas 6 bulan, itu pun selepas media dari negara jiran Singapura yang mendedah dan melaporkan selepas media di Malaysia seperti didiamkan dan tidak digembar gemburkan menjadi isu negara. Adakah RM314juta duit rakyat telah lesap dan disonglapkan? Ini bukan perkara remeh kerana itu semua adalah hasil negara yang disakau secara “sistematik” jika betul ianya berlaku dan malang sekali.
Akhir kata, isu dana RM200 juta KWAP yang lesap belum lagi reda, timbul pulak duit hasil kerajaan RM314juta dari MYEG/Zetrix bakal lesap?. Untuk memudahkan niat, Mungkin kali ini YB Anthony Loke boleh guna alasan untuk letak jawatan atas alasan isu kegagalan Myeg/Zetrix daripada menguna isu tahanan dirumah Bossku, sebab ianya lebih berprinsip dan mulia. Wallahuallam.
Gulam Muszaffar
Ketua UMNO Bhgn Batu WP

