HSN 2026 Putrajaya Semarakkan Budaya Hidup Sihat
PUTRAJAYA — Timbalan Ketua UMNO Bahagian Putrajaya, Datuk Ahmad Faisal Abdul Karim telah merasmikan sambutan Hari Sukan Negara (HSN) 2026 Peringkat Putrajaya yang berlangsung selepas beberapa kali ditangguhkan berikutan keadaan cuaca berjerebu.
Program anjuran Pejabat Belia dan Sukan Kawasan Putrajaya itu bertujuan menggalakkan masyarakat mengamalkan gaya hidup sihat melalui aktiviti sukan dan senaman.
Turut hadir ialah Pengarah Belia dan Sukan Wilayah Persekutuan, Encik Sabran, serta Pegawai Belia Kawasan, Encik Nik Mohd Fitra.
Majlis turut menyaksikan penyampaian hadiah kepada para pemenang **KBS Biggest Loser Challenge** bagi kategori lelaki dan perempuan, iaitu program cabaran penurunan berat badan yang berlangsung selama empat bulan.
Sambutan tersebut diakhiri dengan aktiviti berzumba secara beramai-ramai yang menyemarakkan lagi suasana serta menggalakkan penyertaan masyarakat dalam aktiviti kecergasan.
Datuk Ahmad Faisal berharap agar penganjuran Hari Sukan Negara dapat menyemai kesedaran masyarakat tentang kepentingan menjaga kesihatan melalui aktiviti fizikal secara konsisten.
Beliau turut berharap agar budaya bersukan dan bersenam dapat dijadikan amalan dalam kehidupan seharian bagi melahirkan masyarakat yang lebih sihat, cergas dan aktif. – UMNOPutrajaya



