Kenyataan Media Mesyuarat MKT
Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi UMNO Malaysia yang berlangsung pada 28 Oktober 2026 bersamaan dengan 17 Jamadilawal 1448H telah membincangkan dan membuat beberapa ketetapan berikut:
1. Bersetuju sebulat suara untuk mengabsahkan kerjasama dan persefahaman politik dengan rakan strategik PAS dan rakan-rakan daripada Perikatan Nasional bagi menghadapi Pilihanraya Umum Negeri Melaka ke-16.
2. Mengarahkan agar seluruh jentera dan penyokong parti membantu sepenuh hati dan memberikan sokongan padu kepada semua calon-calon Perikatan Nasional yang bakal bertanding di Dewan-Dewan Undangan Negeri dalam PRN Melaka kali ini.
3. Bersetuju untuk Barisan Nasional dan Perikatan Nasional melancarkan Manifesto Pilihanraya bersama bagi menawarkan khidmat yang terbaik kepada rakyat bagi meneruskan kecemerlangan perkhidmatan dan pembangunan negeri oleh kerajaan negeri Melaka sebelum ini.
4. Menyeru agar pimpinan dan jentera parti sentiasa mengamalkan kempen pilihanraya secara berhemah dan berakhlak tanpa perlu terjebak dengan sebarang perbuatan memfitnah, mengeji ataupun memaki-hamun parti lawan.
5. Menggesa agar Kerajaan khususnya Kementerian Kewangan menarik balik arahan pembatalan projek-projek berkepentingan rakyat terutamanya di Sabah dan Sarawak yang melibatkan projek-projek pembangunan luar bandar termasuk jalan luar bandar dan projek bekalan air dan elektrik luar bandar.
DR ASYRAF WAJDI BIN DUSUKI
Setiausaha Agung UMNO
28 Oktober 202

