Berita

Tengku Adnan Doakan Kejayaan Anak-Anak Putrajaya Hadapi SPM 2026

PUTRAJAYA – Ketua UMNO Bahagian Putrajaya, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor menitipkan ucapan selamat maju jaya serta kata-kata semangat buat semua calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2026 di Parlimen Putrajaya yang mula menduduki peperiksaan.

Beliau menyeru para pelajar agar melangkah ke dewan peperiksaan dengan penuh keyakinan dan tidak sesekali meragui keupayaan diri selepas melalui pelbagai fasa persediaan.

“Buat anak-anak SPM Putrajaya, teruskan melangkah dengan penuh keyakinan. Segala usaha, pengorbanan dan penat lelah selama ini mudah-mudahan membuahkan hasil yang membanggakan. Hadapi setiap kertas peperiksaan dengan tenang, fokus dan jangan sesekali meragui kemampuan diri,” ujar beliau.

Dalam masa yang sama, beliau turut mendoakan agar Allah SWT mengurniakan ketenangan hati, kesihatan yang baik serta mempermudahkan segala urusan anak-anak Putrajaya sepanjang tempoh peperiksaan berlangsung. – UMNOPutrajaya

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.