Puteri Ajak Bangkit Perkukuh UMNO

KUALA LUMPUR – Biarpun sudah lebih setahun kerajaan Pusat beralih dan UMNO bersama Barisan Nasional (BN) hari ini bergelar pembangkang namun semangat Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Putrajaya tidak pernah pudar.

Ketuanya, Cik Jumaitul Laily Zakiah Ismail berkata, biarpun saban hari ada saja tekanan dan cabaran yang dilalui namun semangat perjuangan UMNO tetap bersemarak.

“Mari bangkit bersama untuk kita rapatkan perjuangan kita. Ayuh dekati anak-anak muda untuk suntik semangat kepada mereka, dan mudah-mudahan kita akan bangkit kembali bersama-sama,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapan semasa majlis Perasmian Serentak Mesyuarat Pergerakan Sayap UMNO Bahagian Putrajaya yang berlangsung hari ini di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC). Majlis perasmiannya telah disempurnakan oleh Bendahari UMNO merangkap Ahli Parlimen Putrajaya, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.  – UMNOPutrajaya

Artikel disiar pada July 20, 2019 - 1:01 pm oleh admin



Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.