Berita

Salam Maal Hijrah: Tingkatkan Keazaman Ke Arah Kebaikan

PUTRAJAYA: Ahli Parlimen tempatan merangkap Ketua UMNO Bahagian Putrajaya, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor mengucapkan Salam Maal Hijrah kepada para penduduk tempatan khususnya umat Islam.

Katanya, semoga dengan kedatangan 1 Muharam ini akan memberikan keazaman kepada kita semua untuk menjadi lebih baik dari sebelumnya.

“Marilah kita tingkatkan keazaman kita untuk menjadi bertambah baik dari hari ke hari dan dapat memberikan sumbangan yang positif bukan saja kepada diri sendiri tetapi juga kepada agama, bangsa dan negara,” katanya. – UMNOPutrajaya