Berita

Hayati Nikmat Kesejahteraan, Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan

PUTRAJAYA – Ahli Parlimen tempatan merangkap Ketua UMNO Bahagian Putrajaya, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor mengajak masyarakat untuk sama-sama menzahirkan rasa syukur dengan menghayati nikmat kesejahteraan atas kemerdekaan yang telah 62 tahun dikecapi.

Katanya, keharmonian dan perpaduan yang menjadi acuan dalam mewujudkan kesejahteraan di negara ini perlu terus disemai dan dijaga.

“Alhamdulillah, kita dilimpahi nikmat kesejahteraan walaupun negara kita terdiri daripada masyarakat yang pelbagai bangsa, berbilang kaum dan mempunyai anutan agama berbeza. Justeru, marilah kita terus jaga kelestarian yang ada negara kita dengan menolak mana-mana pihak yang sengaja cuba mewujudkan kekacauan,” katanya. – UMNOPutrajaya