Pandu Puteri Putrajaya Komited Lahirkan Warga Berkaliber

PUTRAJAYA – Kesungguhan bagi memastikan Persatuan Pandu Puteri Malaysia mempunyai komitmen melahirkan golongan remaja wanita yang berkaliber melalui penerapan ilmu, kemahiran dan nilai kepanduan demi kepentingan agama, bangsa dan negara, isteri Ahli Parlimen Putrajaya, Datin Seri Anggraini Sentiyaki selaku Yang Dipertua Cawangan Putrajaya telah bersama-sama kepimpinan tertingginya dalam memberi sokongan atas setiap program yang diadakan.

Terbaru, beliau turut serta bersama-sama Pandu Puteri Pulau Pinang dalam usaha untuk mengaktifkan persatuan tersebut dan memastikan kewujudannya sentiasa relevan bagi atas visi menerajui perkembangan potensi gadis dan wanita dalam membawa perubahan.

Usaha ini adalah program berterusan yang diadakan di tiap tiap negeri untuk merapatkan hubungan antara Pandu Puteri negeri-negeri bersama-sama anak-anak dan juga guru-guru supaya kerja kesukarelaan dapat diterapkan.

Bukan itu sahaja, melalui Pandu Puteri ini juga, anak anak disemaikan rasa untuk saling memahami keadaan negara yang berbilang kaum dan pelbagai agama dengan mesti hidup saling hormat menghormati antara satu sama lain tanpa meninggalkan kesantunan terhadap orang yang lebih tua khususnya ibu bapa dan guru-guru.  β€“ UMNOPutrajaya

Artikel disiar pada October 19, 2019 - 6:53 pm oleh admin



Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.