‘Klinik Putrajaya’ Tempat Aduan Warga Putrajaya, Luah Kesulitan Hidup Di Bawah PH

PUTRAJAYA – Biarpun bergelar Ahli Parlimen pembangkang namun pusat khidmat Ahli Parlimen Putrajaya sentiasa menjadi tumpuan masyarakat tempatan dalam usaha untuk memohon bantuan, menyalurkan aduan serta menyampaikan keperitan hidup seharian.

Suasana sesak, sibuk, penuh dan padat dengan bilangan warga Putrajaya memenuhi ruang Pusat Khidmat Parlimen Putrajaya atau  ‘Klinik Putrajaya’ saban Jumaat bukanlah asing.

‘Klinik Putrajaya’ tersebut telah diaktifkan oleh Ahli Parlimennya yang juga Ketua UMNO Bahagian Putrajaya, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor atau lebih sinonim dikalangan masyarakat dengan panggilan ‘ketua kampung’.

“Saya buka setiap Jumaat untuk bantu rakyat sejak saya jadi Ahli Parlimen di sini dan saban minggu pengunjung makin bertambah yang menandakan keperitan rakyat juga makin banyak.

“Macam-macam aduan saya terima. Ada macam-macam masalah yang mereka hadapi dan mohon kita bantu, minta kita salurkan kepada pihak berwajib dan mereka akui kerajaan hari ini terlalu banyak menyulitkan urusan mereka seharian berbanding kerajaan Barisan Nasional (BN) dahulu,” katanya.  

Jelasnya, beliau amat bersimpati dengan keperitan rakyat yang sekarang ini dihimpit dengan pelbagai hal yang merumitkan mereka hinggakan menggangu kelancaran urusan seharian.

“Sebagai wakil rakyat saya akan usaha yang terbaik untuk mereka yang saya wakili. Saya amat memahami kehidupan rakyat seharian yang bukan hanya terbeban dengan pelbagai kos tetapi juga menghadapi kesulitan atas pelbagai polisi dan dasar yang tak mesra rakyat.

“Bertabahlah kita semua. Jangan putus harap dan jangan berhenti berusaha kerana Insya-Allah, masa sukar kita hari ini akan diganti dengan keadaan lebih baik kelak. Sama-samalah kita berusaha dan berdoa untuk perubahan yang lebih baik,” katanya lagi. – UMNOPutrajaya

Artikel disiar pada January 3, 2020 - 5:38 pm oleh admin



Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.