BeritaRencana

Khidmat Bakti Berterusan, Kunan Bantu Wanita dan Ibu Tunggal Putrajaya

PUTRAJAYA – Biarpun kerajaan Persekutuan bukan lagi Barisan Nasional (BN) tapi itu bukan alasan bagi wakil rakyatnya untuk meneruskan khidmat kepada rakyat khususnya yang semakin terhimpit di bawah pentadbiran Pakatan Harapan (PH).

Inilah yang dibuktikan oleh Ahli Parlimen Putrajaya, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor yang merealisasikan bantuan kepada rakyat menerusi program santai bersama komuniti wanita dan ibu tungal Putrajaya di Dewan Komuniti PR1MA, hari ini.

Beliau yang juga Setiausaha Agung BN merangkap Bendahari UMNO Malaysia melahirkan kesyukuran kerana musibah dalam Pilihan Raya Umum (PRU) 14 lalu telah memberi banyak pengajaran kepada rakyat.

“Alhamdulillah, program santai bersama komuniti wanita dan ibu tungal Putrajaya tadi berjalan lancar.

“Saya minta supaya komuniti wanita ini berperanan dalam membantu mencorakkan masyarakat Putrajaya yang harmoni. Ini kerana ia bermula dengan diri sendiri dan keluarga serta seterusnya dalam masyarakat.

“Dalam keadaan hidup yang makin mencabar hari ini, saya meminta supaya golongan wanita Putrajaya berdikari dan kami di Pusat Khidmat Parlimen Putrajaya sedia menghulurkan nasihat atas jika ada sebarang kesulitan,” katanya kepada khalayak yang lebih 300 orang telah hadir di program ini.

Dalam program ini juga beliau yang juga Ketua UMNO Bahagian Putrajaya telah memberi sedikit sumbangan yang merupakan barangan keperluan dapur dan sedikit wang tunai bagi membantu meringankan beban harian mereka ini.

Sememangnya program sedemikian bukan asing kerana sebelum ini khidmat bakti kepada rakyat Putrajaya dilaksana sebagaimana program berkhatan perdana, potong rambut dan ‘back to school’ hasil muafakat UMNO/BN untuk penduduk setempat. – UMNOPutrajaya