Bantuan Barangan Harian Sempena Perintah Kawalan Pergerakan

PUTRAJAYA – Penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan yang masih berterusan hingga penghujung bulan ini menjadi perhatian Ahli Parlimen Putrajaya, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor khususnya berkaitan soal kebajikan warga setempat.

Sehubungan itu, pelbagai jenis bantuan akan disalurkan kepada warga Putrajaya sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan.

Setelah bantuan barangan keperluan harian diagihkan kepada golongan asnaf dan mereka yang memerlukan, barangan harian khususnya makanan basah termasuklah ikan diberikan, kali ini ayam dan roti pula bakal diberikan kepada warga Putrajaya.

Bagi keperluan ayam dan roti yang bakal diberikan secara percuma, warga Putrajaya diminta untuk menghubungi Ketua UMNO Cawangan masing-masing bagi melancarkan penyelarasan pengagihan barangan bantuan tersebut.

Bantuan tersebut akan diagihkan pada:

Tarikh: 26 Mac 2020

Masa: 5.00 pm

Semoga bantuan yang dihulr dapat meringankan bebanan yang diberikan. – UMNOPutrajaya

Artikel disiar pada March 23, 2020 - 10:14 pm oleh admin



Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.