Aktiviti & Komuniti

Pertandingan Futsal Belia Piala Menteri Wilayah Persekutuan

Pertandingan Futsal Belia Piala Menteri Wilayah Persekutuan akan berlangsung pada 20 Februari ini di Gelanggang Futsal Mokhtar Dahari, Presint 18, Putrajaya. Sebanyak 40 pasukan akan terlibat dalam pertandingan ini.

Ketua Pemuda UMNO Bahagian Putrajaya, Datuk Ahmad Zaki Zahid memaklumkan bahawa kumpulan yang berjaya menjadi juara akan mewakili UMNO bahagian tersebut untuk merebut Piala Menteri Wilayah Persekutuan yang dibuat sempena Hari Wilayah 2011.