Berita

Program Sembang Petang Rapatkan Pemimpin dan Masyarakat

PUTRAJAYA, 19 Feb. – Pemimpin yang baik bukan sahaja mampu memajukan sesebuah kawasan tetapi apa yang lebih penting ialah mendekati masyarakat dan menyelami permasalahan yang berlaku dengan menjadikan keperluan rakyat sebagai agenda utama.

Lantaran itu, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor merealisasikan pertemuan bersama masyarakat tempatan dalam Program Sembang Petang dengan penduduk di kawasan sekitar Putrajaya.

Pertemuan yang berlangsung di Jalan P9G, Presint 9 ini telah digunakan sepenuhnya oleh penduduk untuk melihat sendiri keprihatinan Tengku Adnan dalam mendengar dan menyelami permasalahan penduduk selain merapatkan hubungan antara pemimpin dan rakyat secara santai.