Berita

Tengku Adnan Bersama Kaki Pancing di Wetland

PUTRAJAYA, 20 Feb. – Keindahan dan kelestarian alam semulajadi Taman Tasik Wetland Putrajaya diaplikasikan sebagai destinasi pertandingan memancing yang melibatkan penduduk kawasan sekitar Putrajaya dan kaki pancing dari kawasan berdekatan.

Turut serta turun padang untuk bersama-sama merasai kemeriahan golongan kaki pancing ini ialah Ahli Parlimen kawasan tersebut, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor bersama-sama dengan Presiden Perbadanan Putrajaya, Tan Sri Shamsudin Osman.