Berita

Sukan Air Hari Wilayah

PUTRAJAYA, 19 Feb. – Sempena sambutan Hari Wilayah yang berlangsung awal bulan ini, Pusat Rekreasi Air Putrajaya telah menganjurkan Sukan Air yang melibatkan pelbagai aktiviti-aktiviti menarik.

Ketua UMNO Bahagian Putrajaya, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor telah meluangkan masa untuk merasmikan acara Sukan Air tersebut yang disertai oleh masyarakat pelbagai lapisan dari dalam dan luar Putrajaya.

Keunikan Pusat Rekreasi Air yang sentiasa menjadi antara tarikan percutian di hujung minggu ini adalah kemeesraannya kepada pengunjung untuk memahami, menghayati dan menikmati alam melalui pembelajaran dan perkhidmatan.