Berita

Pertandingan Futsal 1Wilayah Persekutuan

PUTRAJAYA, 20 Feb. Ahli Parlimen Putrajaya, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor telah merasmikan Pertandingan Futsal 1Wilayah Persekutuan Piala YB Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar peringkat Parlimen Putrajaya.

Pertandingan anjuran Yayasan Wilayah Persekutuan bersama Pemuda dan Puteri UMNO Putrajaya ini telah berlangsung di Gelanggang Futsal Mokhtar Dahari, Presint 18, Putrajaya.

Sebanyak 40 pasukan terlibat dalam pertandingan ini yang melibatkan hadiah wang tunai berjumlah RM1000 kepada juara yang memenangi pertandingan ini.