Wanita UMNO Putrajaya Prihatin Permasalahan Kanser
PUTRAJAYA, 19 Feb. – Golongan wanita diseru agar terus mempertingkatkan pengetahuan khususnya berkaitan aspek kesihatan dan berkaitan penyakit-penyakit yang kerap memberikan impak negatif termasuklah kanser.
Atas kesedaran tersebut, YBhg Datin Seri Utama Anggeraini Sentiyaki telah merasmikan Program Pergerakan Wanita UMNO Putrajaya Cawangan Bunga Raya. Yang bertajuk ‘Kanser dan Wanita dan Sindrom Bayi tergoncang’.
Program yang melibatkan anggota cawangan terbabit dan masyarakat setempat ini dilangsungkan di Dewan Presint 8, di sini.
Antara tujuan program tersebut dibuat adalah untuk memberi kesedaran mengenai kanser reproduktif wanita, kaedah pencegahan, pengesanan peringkat awal, rawatan dan penjagaan kesihatan.
Di samping ianya menyebabkan kematian, yang lebih menakutkan adalah penderitaan yang dialami pengidap kanser sebelum mereka menemui ajal. Namun demikian, keprihatinan terhadap kesihatan akan dapat memberi manfaat khususnya untuk mengesannya pada peringkat awal.
Kanser yang melibatkan organ reproduktif wanita merupakan salah satu faktor yang menyumbang kepada kegelisahan tetapi ia dapat dielakkan dengan pengetahuan dan pendedahan dari peringkat awal.
You must be logged in to post a comment.