Berita

Penubuhan Cawangan Baru Bukti Sokongan Rakyat

PUTRAJAYA – Penubuhan Cawangan Bunga Carnition menjadi realiti apabila disempurnakan oleh Timbalan Ketua UMNO Bahagaian Putrajaya, Datuk Khairudin Samad, Ahad lalu.

Majlis taklimat berhubung penubuhan cawangan ini berlangsung dalam suasana sederhana tetapi meriah dengan kehadiran anggota-anggota cawangan terbabit di Dewan Serbaguna Pusat Kejiranan Presint 9, di sini.

Dengan penubuhan tersebut, terbukti sokongan masyarakat terhadap UMNO semakin menyerlah dengan ikatan perpaduan untuk terus memperteguh perjuangan demi agama, bangsa dan negara.