Berita

Ceramah Rakyat Parlimen Putrajaya Jelaskan Isu Semasa

PUTRAJAYA – Pakatan pembangkang sentiasa berusaha untuk menumbangkan kerajaan khususnya kepimpinan dalam UMNO dan Barisan Nasional termasuklah memberikan janji-janji palsu untuk rakyat.

Selaras dengan pelbagai fitnah dan manipulasi yang perlu ditolak, Parlimen Putrajaya melalui Ceramah Rakyat telah menganjurkan ceramah yang bertajuk Program 100 Hari Pakatan Rakyat ” Realiti Atau Ilusi” pada 16 Mac lalu.

Bekas pemimpin tertinggi PKR Senator Ezam Md Noor dan mantan Ketua Pemuda PKR Perak Hanafiah Man telah menjelaskan berkaitan sandiwara pembangkang demi untuk meraih undi dan simpati dari rakyat.

Dalam ceramah ini, mereka telah menceritakan tentang sikap Datuk Seri Anuar Ibrahim yang begitu mahir menipu rakyat demi untuk mendapatkan kuasa, pangkat dan kedudukan. Turut disentuh ialah berkaitan parti Pas yang sering mengeluarkan fatwa untuk kepentingan mereka sahaja.

Ceramah yang berlangsung di Majlis Dewan Serbaguna, Presint 9 telah dihadiri oleh pengerusi-pengerusi surau, Pengerusi Persatuan Penduduk dan Ketua-ketua cawangan UMNO di Putrajaya selain penduduk sekitar.