Berita

“Program Jom Cari Jiran” Alternatif Lestarikan Masyarakat Setempat

PUTRAJAYA – Kesejahteraan dalam masyarakat akan terbentuk secara langsung melalui keharmonian dan permuafakatan dalam kawasan kejiranan lantas atas kesedaran inilah penduduk di Fasa 4B Presint 8 telah bersama-sama mengembling tenaga bagi merialisasikan “Program Jom cari Jiran.

Program yang telah berlangsung pada 27 Mac lalu ini diadakan sebagai satu alternatif bagi memastikan hubungan antara para penduduk di kawasan terbabit terjalin dengan erat.

Antara pengisian dalam program tersebut ialah sesi senamrobik, pemeriksaan kesihatan percuma, pendaftaran pengundi dan sesia mengenali jiran yang dibuat secara simbolik melalui permainan musical charis dan acara memasak antara masyarakat setempat.