Berita

Fokus Hala Tuju Masa Hadapan – Tengku Adnan

PUTRAJAYA – Ketua Bahagian UMNO Putrajaya, Datuk Seri Utama Tengku Adnan Tengku Mansor menyeru golongan pendidik agar menekankan hala tuju masa hadapan sebagai fokus utama kehidupan khususnya semasa menuntut ilmu.

Katanya, guru-guru adalah aspirasi pelajar yang dapat menyarankan kepada murid-murid agar menitikberatkan hala tuju dengan cara mengenalpasti kebolehan dan kelebihan setiap individu.

Beliau berkata demikian dalam ucapannya semasa majlis perasmian Anugerah Cemerlang 2011 yang bertempat di Dewan Inspirasi Sekolah Menengah Kebangsaan Putrajaya Presint 14 (1) pada 23 April lalu.
Majlis tersebut diadakan sebagai satu pengiktirafan kepada para pelajar yang telah mencipta kejayaan cemerlang dalam keputusan peperiksaan lalu.