Berita

Tengku Adnan Semarakkan Majlis Makan Malam Perdana

PUTRAJAYA – Majlis Makan Malam Perdana Festival Wind Orchestra Sekolah yang diadakan pada 23 April lalu mendapat suntikan semangat dengan kehadiran Ketua UMNO Bahagian Putrajaya, Datuk Seri Utama Tengku Adnan Tengku Mansor dalam majlis tersebut.

Beliau yang tiba tepat pada pukul 8.30 malam telah menyampaikan ucapan perasmian dengan bersemangat sebagai azimat dan pesanan kepada para pelajar dalam memajukan diri dalam pelbagai bidang sama ada ko-kurikulum dan kurikulum.

Majlis tersebut berlangsung dengan jayanya di Dewan Putra Perdana, Sekolah Sultan Alam Shah, Putrajaya.

Turut hadir dalam majlis tersebut ialah YBhg. Datin Seri Utama Anggeraini Sentiyaki.