Rencana

Perasmian Syarikat Nuzul Services

PUTRAJAYA – Keprihatinan pemimpin masyarakat terhadap rakyat tempatan adalah keperluan utama khususnya dalam member sokongan dan dorongan bukan sahaja dalam aktiviti-aktiviti kemasyarakatan tetapi juga dalam bidang perniagaan.

Berdasarkan hal tersebut, Ketua UMNO Bahagian Putrajaya, Datuk Seri Utama Tengku Adnan Tengku Mansor telah menyempurnakan majlis perasmian Syarikat Nizul Services yang bertempat di Jalan Diplomatik, Presint 15 pada 23 April lalu.