Berita

Pemimpin Turun Padang Bersama Rakyat

PUTRAJAYA – Ketua UMNO Bahagian Putrajaya, Datuk Seri Utama Tengku Adnan Tengku Mansor telah meluangkan masa untuk bersama-sama rakyat dan meninjau sendiri suasana di Pasar Awam Presint 8, Putrajaya.

Beliau yang melakukan lawatan ke kawasan tersebut pada sekitar pukul 11.00 pagi, 24 April lalu telah merasai sendiri suasana dan persekitaran kawasan terbabit.

Pasar Awam Presint 8 tersebut menjadi tumpuan masyarakat setempat dalam mendapatkan barang-barang keperluan harian khususnya pada cuti hujung minggu.