Ucapan

Perkukuh Ukhwah, Elak Fitnah Juhi Hasad Dengki

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh & Salam 1Malaysia

Sejak kebelakangan ini saya melihat ada pihak yang sering melontar fitnah dan gembira apabila melihat kesusahan, kesakitan dan malapetaka yang menimpa orang lain. Inikah wajah bangsa kita? Sebagai umat Islam yang tahu dan sedar hukum-hakam sewajarnya tragedi buruk yang menimpa setiap anggota dalam masyarakat tidak disimpulkan sebagai satu pembalasan sebaliknya ia dijadikan sebagai tauladan bersama.

Separuh daripada keimanan dalam Islam adalah kebersihan hati selain dari kebersihan rumah dan persekitaraan tetapi saya sedih apabila ada cubaan dari Allah SWT menimpa hambanya maka ada pihak termasuk parti pembangkang yang mengaitkan ia sebagai hukuman termasuklah mengaibkan dengan mengaitkan rasuah dan sebagainya.

Sewajarnya kita bermuhasabah diri, kembali kepada ketentuan Allah. Manfaatkan setiap masa yang ada untuk mempertingkat dan memperbaiki diri selain ukhwah dalam masyarakat terus diperteguh agar bangsa kita bukan sahaja dapat menempuh segala rintangan malah dapat menegakkan perjuangan demi agama, bangsa dan negara.

Teruskan Perjuangan

Datuk Seri Utama Tengku Adnan Tengku Mansor
Ketua Bahagian UMNO Putrajaya