Berita

Karnival Jiran Komuniti 2011 Eratkan Hubungan Dalam Masyarakat

PUTRAJAYA – Ketua Bahagian UMNO Putrajaya, Datuk Seri Utama Tengku Adnan Tengku Mansor telah merasmikan Program Karnival Jiran Komuniti 2011 yang diadakan di Pusat Kitar Semula, Presint 9 di sini.

Program yang berlangsung pada 21 Mei 2011 ini telah diadakan sebagai satu alternatif untuk merapatkan hubungan dalam masyarakat yang secara tidak langsung dapat mewujudkan suasana mesra dan merapatkan jurang antara semua lapisan di kawasan terbabit.

Pelbagai program turut diadakan sepanjang program tersebut yang dimulakan dengan sesi senamrobik, acara sukaneka, pertandingan mewarna bagi kanak-kanak dan juga pameran oleh agensi badan kerajaan yang terlibat.