Berita

Seminar Keusahawanan Suntik Semangat Untuk Rakyat

PUTRAJAYA – Parlimen Putrajaya sentiasa memberi sokongan dan dorongan kepada masyarakat tempatan untuk melibatkan diri dalam bidang perniagaan dan keusahawanan melalui pelbagai galakan termasuklah melibatkan pihak bertanggungjawab dan maklumat-maklumat berkaitan selok-belok dalam bidang terbabit.

Selaras dengan itu, Seminar Keusahawan telah dianjurkan hasil kerja keras yang direalitikan oleh Pejabat Ahli Parlimen Putrajaya bersama dengan Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga Nasional (TEKUN) bertempat di Dewan Serbaguna Fasa 12, Presint 9, Putrajaya.

Seminar yang berlangsung pada 21 Mei lalu telah disempurnakan perasmiannya oleh Ahli Parlimen kawasan tersebut, Datuk Seri Utama Tengku Adnan Tengku Mansor.

Dengan adanya seminar ini, masyarakat tempatan memperoleh pelbagai info dan peluang berkaitan keusahawan selain suntikan semanagat untuk menjadi seorang usahawan berjaya.