Berita

Konvoi Kereta Antik Meriahkan Putrajaya

PUTRAJAYA – Para peminat kereta antik pastinya akan berpuas hati apabila menyaksikan sendiri konvoi kereta antik yang diadakan di Presint 3, Putrajaya pada 29 Mei lalu.

Dalam kesempatan tersebut, Ahli Parlimennya, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor turut sama-sama meluangkan masa melawat tapak kereta antik tersebut.

Kehadiran beliau juga diaplikasikan sebagai alternatif bagi mendekati masyarakat dan bersama-sama beramah mesra antara pemimpin dan rakyat.