Berita

Perasmian Layang Layang Sempena Hari Perhimpunan Sejuta Belia 2011

PUTRAJAYA – Layang-layang bukan lagi satu permainan tardisional sebaliknya ia telah dikomersialkan sebagai aktiviti yang boleh memberikan manfaat dalam mengisi ruang bersama masyarakat dan hobi yang sangat menarik.

Hal ini diakui sendiri oleh Ahli Parlimen Putrajaya Datuk Seri Utama Tengku Adnan Tengku Mansor yang telah menjayakan pelancaran layang-layang melalui majlis pelancarannya yang berlangsung di Presint 4, di sini pada 28 Mei lalu.

Program yang julung kali diadakan bersempenan Perhimpunan Sejuta Belia di Putrajaya ini menarik minat Tengku Adnan dengan mendengar sendiri taklimat yang diberikan dari pengerusi persatuannya.