Berita

172 Anggota Perwakilan Hadiri Mesyuarat UMNO Bahagian

PUTRAJAYA – Seramai 172 orang perwakilan menghadiri Mesyuarat UMNO Bahagian tersebut yang berlangsung dengan jayanya di Dewan Seroja, Presint 15.

Mesyuarat tersebut telah dihadiri oleh 29 orang ahli jawatankuasa Bahagian selain lapan orang perwakilan dari Pergerakan Wanita, lapan orang dari perwakilan Pergerakan Pemuda dan sembilan orang dari perwakilan Pergerakan Puteri.

Mesyuarat tersebut telah dirasmikan sendiri oleh Ketua Bahagiannya, Datuk Seri Utama Tengku Adnan Tengku Mansor merangkap Ahli Parlimen Putrajaya dan juga Setiausaha Agung UMNO.