Rencana

Ahli Parlimen Meriahkan Walimatul Urus Warga Putrajaya

PUTRAJAYA – Sebagai Ahli Parlimen merangkap Ketua UMNO Bahagian, Datuk Seri Utama Tengku Adnan Tengku Mansor tidak membataskan kesibukannya untuk menghadiri majlis jemputan kenduri dari warga tempatan.

Pada 29 Mei lalu, beliau telah berkesempatan meluangkan masa menghadiri majlis perkahwinan keluarga Encik Mohd Nor Hj Mohd Saad dan isterinya Puan Sariah Hj Tahir bertempat di Dewan Sri Melati, Perbadanan Putrajaya, Presint 3.

Semoga pasangan pengantin dan ahli keluarganya akan mendapat keberkatan dan dimurahkan rezeki oleh Allah S.W.T.