BeritaRencana

Ahli Parlimen Penuhi Jemputan Penduduk

PUTRAJAYA – Ahli Parlimen tempatan yang juga Ketua UMNO Bahagian, Datuk Seri Utama Tengku Adnan Tengku Mansor memenuhi undangan penduduk sekitar dan bersama-sama memeriahkan majlis perkahwinan warga Putrajaya.

Pada 4 Jun lalu, beliau telah meluangkan masa memenuhi jemputan daripada Abdul Halim Abdullah dan Norliah Kasim di Dewan Serbaguna, Kompleks Kejiranan Presint 16.
Pada hari berikutnya pula, beliau telah berkunjung ke Dewan Putra Perdana Sekolah Sultan Alam Shah dengan menghadiri jemputan Haji Mohd Kalyubi Haji Abdul Majid dan isterinya Hjah Che Mah Sharif.

Selain memenuhi undangan dari individu terbabit dan menunaikan kewajipan sebagai pemimpimpin, ia juga adalah alternatif terbaik dalam beramah mesra dengan penduduk tempatan dalam ruang yang lebih santai.