Berita

Memperkasa Putrajaya Agenda Utama

PUTRAJAYA – Ahli Parlimen Putrajaya merangkap Ketua UMNO Bahagian, Datuk Seri Utama Tengku Adnan Tengku Mansor dan Presiden Perbadanan Putrajaya, Tan Sri Samsudin Osman sentiasa berusaha untuk memperkukuh dan memastikan kelestarian kawasan sekitar menjadi keutamaan.

Dalam hal ini, Tan Sri Samsudin telah berkunjung ke Pejabat UMNO Bahagian Putrajaya pada 17 Jun lalu untuk menemui Datuk Seri Utama Tengku Adnan bagi membincangkan hal-hal berkaitan permasalahan dan perancangan di kawasan terbabit.

Antara yang menjadi agenda dalam perbincangan tersebut adalah untk memastikan bahawa penduduk dan masyarakat sekitar sentiasa mendapat pembelaan.