Berita

Juara Rakyat Wadah Kerajaan dan Masyarakat

PUTRAJAYA – Berteraskan menyelami permasalahan masyarakat, Program Juara Rakyat diteruskan oleh Ahli Parlimen merangkap Ketua Bahagian UMNO Putrajaya Datuk Seri Utama Tengku Adnan Tengku Mansor pada 25 Jun lalu.

Program tersebut diadakan di Kuarters Apartment P14-7, Presint 14 bermula pukul 9.00 pagi menjadi wadah untuk rakyat bersama pemimpin dan mengetahui kerajaan Barisan Nasional (BN) yang sentiasa mengutamakan rakyat.

Dengan semangat sentiasa membara, Juara Rakyat menjadi landasan untuk merintis laluan ke seluruh negara agar aspirasi untuk menjuarai kehidupan rakyat, menjuarai pembelaan rakyat, menjadi johan dalam membangun rakyat dan sentiasa berada di barisan hadapan untuk rakyat dapat direalitikan.

Menerusi program tersebut, Datuk Seri Utama Tengku Adnan dengan ditemani isteri beliau Datin Seri Utama Anggeraini Sentiyaki telah berkunjung ke rumah-rumah rakyat yang kurang upaya, uzur dan tidak berkemampuan.

Dalam hal ini, fokus utama adalah ke arah kemajuan, kesejahteraan dan keselesaan rakyat yang tetap menjadi teras utama sebagaimana disuarakan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bersesuaian dengan konsep Satu Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan.