Aktiviti & Komuniti

Bengkel Teknik Menjawab Soalan Peperiksaan Pastikan Kecemerlangan Pelajar

PUTRAJAYA – Ahli Parlimen Putrajaya, Datuk Seri Utama Tengku Adnan Tengku Mansor telah merasmikan Bengkel Teknik Menjawab Soalan UPSR Dan PMR bertempat di Dewan Perdana Putra, Sekolah Menengah Kebangsaan Putrajaya Presint 8(1), pagi tadi.

Bengkel tersebut dianjurkan oleh Yayasan Pelajaran Mara dengan kerjasama Pejabat UMNO Putrajaya, Pejabat Pelajaran Putrajaya dan Utusan Melayu (M) Berhad sebagai satu usaha bagi memastikan kecemerlangan para pelajar.

Dalam Majlis tersebut Datuk Seri Utama Tengku Adnan yang juga Ketua UMNO Bahagian telah menyampaikan netbook yang diperuntukan oleh Yayasan Pelajaran Mara kepada semua Sekolah-sekolah di Putrajaya.

Di samping itu, beliau juga telah menyampaikan sijil Penghargaan Ucapan Terima Kasih dan Selamat Bersara kepada Guru Besar, Puan Karimah Hasbullah, yang telah berkhidmat dari tahun 2000 hingga 2011 di Sekolah Kebangsaan Putrajaya Presint 16(2) atas bakti dan jasa beliau dalam mendidik pelajar pelajar di Putrajaya.