Rencana

Majlis Kenduri Eratkan Hubungan Antara Penduduk

PUTRAJAYA – Kesibukan sebagai pemimpin tidak pernah membataskan Ahli Parlimen merangkap Ketua UMNO Bahagian Putrajaya, Datuk Seri Utama Tengku Adnan Tengku Mansor untuk memenuhi undangan majlis perkahwinan penduduk tempatan.

Pada 25 Jun 2011, beliau menghadiri majlis kenduri jemputan Hj. Abdul Razak dan Isteri yang diadakan di Dewan Komuniti, Kompleks Kejiranan Presint 16, Putrajaya bagi meraikan pasangan pengantin Noorhamiezah Abdul Razak dan Muhammad Fairuz Abdul Rahman

Pada hari berikutnya, Datuk Seri Utama Tengku Adnan telah menghadiri jemputan kenduri Hj. Mohamed dan Hjh. Norizah di Dewan Serbaguna Presint 8 Putrajaya bagi meraikan pasangan anak kembar mereka iaitu Mazlan Mohamed dan pasangan Tantianayan Zakaria dan Marziah Mohamed bersama pasangannya Mohd Yasser Arafat Mohamad Norawi.

Selamat Pengantin Baru.