Ucapan

Jangan Terpedaya Dengan Bersih!

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh & Salam 1Malaysia

Sebagai Anggota Parlimen Putrajaya maka saya menyeru keseluruhan rakyat agar tidak terpedaya dengan mana-mana dakyah pembangkang yang cuba untuk memporak-perandakan Negara.

Kadangkala kita mencari kesalahan orang tetapi kita tidak sedar bahawa kesalahan kita lebih besar dari orang lain sebagaimana yang didalangi oleh pembangkang untuk menganjurkan demonstrasi atas alasan untuk Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH) sedangkan apa yang mahu direncanakan mereka adalah untuk menimbulkan huru-hara dan kekacauan.

Apatah lagi, dilaporkan bahawa ia mahu direalitikan dengan melibatkan orang awam dan bagi menjayakannya puak pembangkang ini telah menggunakan orang luar termasuklah yang diupah untuk datang berdemonstrasi di Kuala Lumpur.

Rakyat juga perlu sedar bagaimana tipu helah dan spekulasi pembangkang yang mengatakan bahawa SPR tidak adil sedangkan realitinya bagaimana mungkin pembangkang dapat memenangi 82 kawasan Parlimen dan menang di empat Dewan Undangan Negeri sekiranya benar SPR tidak telus.

Sesungguhnya inilah sikap taksub, tamak dan gilakan kuasa pakatan pembangkang sehingga sanggup menggadaikan kesejahteraan dan ketenteraman rakyat.