Aktiviti & Komuniti

Aplikasi Kemahiran Untuk Jana Pendapatan Isi Rumah

PUTRAJAYA – Golongan wanita khususnya suri rumah disaran untuk mengaplikasi kemahiran bagi membantu menambah pendapatan isi rumah dengan melakukan kerja-kerja yang boleh memberi pulangan.

Selaras dengan itu, Pergerakan Wanita UMNO Cawangan Bunga Matahari telah mengadakan bengkel menjahit manik yang disertai oleh masyarakat setempat khususnya golongan suri rumah dan wanita berkerjaya.

Dalam kesempatan ini, Ketua Bahagian merangkap Ahli Parlimen Putrajaya Datuk Seri Utama Tengku Adnan Tengku Mansor berkesempatan meninjau sendiri bengkel yang dijalankan.