Rencana

Bersama Rakyat Dalam Majlis Perkahwinan

PUTRAJAYA – Kesibukan sebagai pemimpin tempatan dan tugas-tugas lain tidak membataskan Ahli Parlimen Putrajaya, Datuk Seri Utama Tengku Adnan Tengku Mansor untuk bersama-sama masyarakat setempat dan memenuhi undangan dari para penduduk.

Pada 10 Julai, beliau telah menghadiri majlis perkahwinan kepada anak Encik Hamdan Sata yang berlangsung di Dewan Presint 8, Putrajaya.
Semoga pasangan pengantin baru terbabit akan diberkati oleh-Nya dan berkekalan hingga ke akhir hayat.