BeritaRencana

Mesra Komuniti Integrasikan Rakyat Dalam Masyarakat

PUTRAJAYA – Inisiatif bagi mendekati masyarakat dan merapatkan hubungan sesama penduduk bukanlah satu agenda bermusim sebaliknya ia dijadikan sebagai antara platform untuk mengintegrasikan semula diri setiap individu ke dalam masyarakat.

Lantaran itu, Mesra Komuniti Ixora bersama Rukun Tetangga telah diadakan pada 16 Julai 2011 bertempat di Presint 8E dengan upacara perasmiannya disempurnakan oleh Ahli Parlimen Putrajaya, Datuk Seri Utama Tengku Adnan Tengku Mansor.

Program yang bermula jam 10.00 pagi hingga 5.00 petang ini telah dimanfaatkan dengan pengisian berbentuk kerohanian, ilmu dan kemasyarakatan.