Berita

Perasmian Boon Hwa Bikers

PUTRAJAYA – Ahli Parlimen Putrajaya Datuk Seri Utama Tengku Adnan Tengku Mansor telah berkesempatan merasmikan kedai motor Boon Hwa Bikers Sdn Bhd yang terletak di Pusat Perindustrian Putrajaya, Presint 14 pada 16 Julai lalu.

Dalam ucapannya, beliau mengalu-alukan semua pihak untuk terlibat secara aktif dalam bidang perniagaan dan memajukan kawasan perindustrian dengan menyediakan pelbagai kemudahan untuk para pelanggan.

Dalam majlis tersebut, beliau turut meluangkan masa meninjau kawasan sekitar kedai selain beramah mesra dengan tetamu dan penduduk sekitar yang hadir.