Putrajaya Destinasi Lengkap Untuk Seisi Keluarga
Putrajaya bukan sahaja terserlah sebagai Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan malahan ia adalah destinasi pilihan yang paling sesuai kepada seisi keluarga.
Perbadanan Putrajaya (PPj) telah mengambil inisiatif untuk mencantikkan Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan melalui keindahan landskap dan taman-tamannya agar dapat meninggalkan kesan yang mendalam kepada para pengunjung.
Malahan, melalui industri pelancongan yang amat digalakkan kerajaan ia telah meletakkan Putrajaya dalam peta dunia agar terus dikunjungi kerana keindahannya.
Para pelancong dialu-alukan melakukan perjalanan ke Putrajaya bersama rakan-rakan dan keluarga dengan menikmati suasana segar yang ada di sini
Kewujudan 13 buah taman rekreasi dan warisan berteraskan pertanian di sini adalah antara usaha bagi memartabatkan lagi warisan pertanian khususnya untuk generasi muda.
Langkah ini selaras dengan usaha menyeimbangkan pembangunan di Putrajaya kerana ia dirancang untuk menjadi bandar raya dinamik dengan pelbagai aktiviti dan kemudahan termasuk yang mampu dijadikan tarikan pelancong.
Selain itu, ia dapat memastikan warisan dan sejarah silam pertanian negara tidak luput di telan zaman.
Selain daripada pusat pentadbiran kerajaan Persekutan, antara tarikan pelancongan yang terletak di sekitar Putrajaya adalah:
Perdana Putra
Masjid Putra
Jambatan Putra
Masjid Besi
Dataran Putrajaya
Tugu Millennium
Istana Kehakiman
Seri Perdana
Jambatan Seri Perdana
Putrajaya Landmark
Taman Wetland Putrajaya
Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC)
Taman Selatan
Yayasan Kepimpinan Perdana
Istana Melawati
Dataran Warisan
Kementerian Kewangan
Wisma Putra
Istana Darul Ehsan
Tasik Putrajaya
Taman Wawasan
Taman Botani
You must be logged in to post a comment.