Salam Ramadhan Al-Mubarak
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Saya mengucapkan selamat menyambut Ramadhan Al-Mubarak dan saya berdoa supaya umat Islam khususnya ahli-ahli UMNO dan kawan-kawan Islam yang lain akan melaksanakan tanggungjawab sebagai orang Islam untuk mengerjakan ibadah puasa dalam bulan Ramadhan.
Semoga dengan Ramadhan ini kita akan bermaaf-maafan dan bertemu dengan rakyat untuk menjelaskan masalah-masalah yang sedang berlaku dalam negara dan memperbetulkan fitnah-fitnah yang dilakukan oleh orang-orang yang tidak bertanggungjawab.
Saya berkeyakinan bahawa sebagai umat Islam yang berpegang teguh kepada ajaran yang telah ditetapkan oleh-Nya, kita akan melaksanakan tanggungjawab ini dengan sebaik mungkin.
Saya juga berharap janganlah dalam bulan Ramadhan ini kita membuat perkara-perkara yang mungkar sebaliknya hiasilah kehidupan kita dengan penuh kesederhanaan termasuklah dalam hal-hal untuk berbuka puasa juga agar tidak berlaku sebarang pembaziran. Biarlah dengan cara ala kadar. Sambutlah Ramadhan ini dengan hati yang terbuka dan penuh keinsafan.
Selamat Menyambut Bulan Ramadhan Al-Mubarak 1432H