Rencana

Bazar Ramadan

PUTRAJAYA – Anggota Parlimen Putrajaya merangkap Ketua UMNO Bahagian tersebut, Datuk Seri Utama Tengku Adnan Tengku Mansor meluangkan masa bersama-sama rakyat dengan mengunjungi bazar Ramadan di Presint 2 bagi melihat sendiri keadaan di kawasan terbabit pada 13 Ogos lalu.

Kesempatan meluangkan masa ini telah digunakan sepenuhnya oleh beliau untuk meninjau suasana para peniaga dan aktiviti harian mereka yang menggunakan bulan Ramadan untuk mencari sumber pendapatan.

Dalam masa yang sama, beliau turut melahirkan rasa gembira kerana rakyat dapat menikmati suasana harmoni di samping menambah pendapatan, berbelanja serta dapat juga menunaikan zakat melalui amil yang dilantik untuk berada di kawasan berkenaan.