Rencana

Akrab Silaturrahim

PUTRAJAYA – Program Maidatul Rahman memberi sejuta makna bukan sahaja kepada para penduduk setempat tetapi juga kepada Ketua UMNO Bahagian Putrajaya, Datuk Seri Utama Tengku Adnan Tengku Mansor yang dapat menggunakan kesempatan tersebut sebagai ruang mengeratkan silaturrahim bersama mereka.

Beliau bukan sahaja meluangkan masa untuk berbuka puasa bersama masyarakat setempat tetapi kesempatan dalam program Maidatul Rahman ini digunakan juga sebagai platform menyelami kehidupan rakyat dan bersama-sama menghidang juadah untuk mereka.

Keprihatinan pemimpin untuk turun padang dan merasai sendiri kehidupan rakyat adalah selaras dengan gagasan 1Malaysia, Rakyat Didahulukan dan Pencapaian Diutamakan.